Cara Melakukan Pembelian

Pelanggan boleh melakukan pembelian dengan membuat bayaran secara deposit tunai ATM (Cash Deposit) dan melakukan transaksi perbankan internet (Online Banking). Pihak Primo Perfume juga menyediakan servis COD (Cash On Despatch) bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Johor Bahru sebagai alternatif yang lebih cepat.



Langkah Pertama:
  • Pelanggan perlu menghantar dahulu kod pesanan perfume yang dipilih kepada pihak Primo Perfume melalui emel iaitu primoperfume@gmail.com bagi tujuan pengesahan jumlah yang perlu dibayar sebelum ke langkah seterusnya.
  • Ataupun pelanggan juga boleh terus menghantar SMS kepada pihak kami ke nombor telefon 0177184057 dengan menghantar kod pesanan bagi senarai perfume pilihan.

Langkah Kedua:
  • Tunggu sehingga pihak kami membalas SMS atau emel anda mengenai jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar.
  • Kemudian apabila jumlah bayaran telah disahkan oleh pihak Primo Perfume, maka pelanggan barulah boleh membuat pembayaran melalui kaedah seperti berikut:


1) Deposit Tunai (Cash Deposit)
  • Pelanggan harus melakukan pembayaran di mana-mana mesin ATM berdekatan dengan kaedah deposit tunai dengan jumlah secukupnya.
  • Kemudian,sebaik sahaja selesai melakukan pembayaran,anda harus mengisi borang yang terdapat di page 'Borang Belian' untuk pengesahan terakhir. 
  • Ataupun pelanggan juga boleh SMS ke nombor telefon 0177184057 dengan butir-butir seperti Nama Bank,Tarikh & waktu yang tertulis pada slip resit serta Nama Penuh, Alamat Penuh, Nombor Telefon Bimbit & Kod Pesanan untuk proses yang lebih cepat. ( Slip Resit perlu disimpan sabagai rujukan) 

2) Perbankan internet (Online Banking)
  • Pelanggan harus mempunyai akaun yang sah sebagai pengguna perbankan internet untuk mana-mana bank yang menyediakan servis tersebut contohnya Maybank2u.com.
  • Semasa melakukan transaksi pembayaran,pelanggan harus menyertakan emel Pihak Primo Perfume iaitu primoperfume@gmail.com pada ruangan emel yang disediakan.
  • Apabila selesai melakukan pembayaran secara atas talian,anda harus mengisi borang yang terdapat di page 'Borang Belian' untuk pengesahan terakhir. 
  • Ataupun pelanggan juga boleh SMS ke nombor telefon 0177184057 dengan butir-butir seperti Nama Bank,Tarikh & waktu yang tertulis pada slip resit serta Nama Penuh, Alamat Penuh, Nombor Telefon Bimbit & Kod Pesanan untuk proses yang lebih cepat.

'Tracking Number' akan diemelkan kepada anda sebagai semakan status hantaran semasa.

Pesanan anda akan sampai 2-3 hari bekerja biasa. Terima kasih daun keladi. ^_^